Tajuk yang diberi kat atas tu adalah satu statement yang sangatlah benar..kelahiran Islam ke dunia ni sebagai satu agama yang lengkap dan menyeluruh adalah sesuai dengan hukum hakam alam dan hukum kehidupan manusia..untuk memudahkan pemahaman terhadap mesej yang aku akan sampaikan, aku akan menerangkan statement tersebut dengan memberi contoh-contoh..
First, ramai dah tau yang Islam dan science(tak kiralah biologi, kimia atau fizik) adalah saling bersangkut-paut.. Kata-kata Allah di dalam Al-Quran bukan sekadar memberi peringatan keapada manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah, malah di dalam Al-Quran, Allah sediakan hint2 kepada manusia untuk mengenali Allah.. Allah sediakan pelbagai ilmu sains di dalam Al-Quran untuk membuktikan kewujudanNya..
Misalnye teori big bang, pembentukan embrio manusia, cara mengesan penipuan pada manusia adalah antara bukti sains yang diterangkan dalam AlQuran..
"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?" (QS Al-Anbiya' : 30)
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. (Al Qur'an, 23:12-14)
Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Alaq ayat 15, 16
Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.
Boleh tak korang kesan bukti saintifik dalam ayat di atas??Teruskan mengkaji lagi..
Selain itu, kenapa aku state Islam and logic adalah satu?? Bagi mereka yang terbatas dengan apa yang mereka belajar atau seseorang yang tidak boleh berfikir out of the box, mereka menganggap Islam hanyalah sekadar spiritual aspek atau aspek rohani sahaje..Ok la straight to the point, kenapa Allah kata bahawa orang yang bersedekah akan dilipat gandakan rezekinye?? Bagi orang yang tidak berfikir mereka mengatakan sepatutnye apabila kita memberi secara logiknye harta akan berkurang..tapi kenapa Allah kata rezeki kita akan bertambah?? Senang je, cuba fikir di luar kotak sikit..bile orang kaya sedekah kepada orang miskin, orang miskin akan ada pendapatan untuk menyara hidup, katakan ramai orang kaya bersedekah, akan ramai juga orang miskin yang pendapatannye bertambah..so, hal ni akan meningkatkan permintaan kat pasaran, bile permintaan meningkat, pengeluaran meningkat,bile pengeluaran meningkat, penjualan pun meningkat, bile penjualan meningkat, keuntungan pun meningkat..so siapa yang dapat hasilnye?? orang kaya balik kan..
Tak cukup lagi?? Ok la, ada satu cerita ni..aku tak ingat siapa nama watak di dalamnye tapi yang penting cerita betul la..seorang kafir ni dia bertanya kepada seorang hakim islam yang bijaksana(tak ingat nama). Kafir tu tanya, kenapa arak haram sedangkan ianya dibuat daripada dua bende yang halal iaitu air dan anggur, secara logiknye arak adalah halal kan?? tapi hakim tu jawab ape.. Jika aku ambil segumpal pasir lalu aku baling ke mukamu,adakah engkau berasa sakit? Kafir tu jawab..tak..Kalau aku ambil sebaldi air lalu aku curahkan ke kepala mu adakah engkau berasa sakit?? kafir tu jawab tak..tapi kalau aku ambil pasir dan air lalu aku campurkan keduanya setelah itu aku jemurnye di tengah panas lalu aku baling ke muka mu adakah kau merasa sakit?? kafir tu jawab ye..maksudnye kat sini campuran air dan anggur tu yang menyebabkan arak tu menghasilkan alkohol yang memudaratkan lalu di-consider arak adalah haram walaupun pada asalnye arak dibuat daripada dua bende halal..
Nak lagi contoh??dalam cerita yang sama cam yang kat atas..kafir tu tnya pulak soalan ni.."Semasa di syurga..dikatakan kita tidak akan membuang air besar atau kecil..bukankah ini tidak logik dari segi sains??" jawapan hakim tersebut.."jika di dunia sebahagian makanan yang dimakan akan dibuang ke manakah perginye sebahagian lagi?" kafir tu menjawab.."tentulah diserap oleh badan" hakim tersebut menyambung "jika di dunia sebahagian makanan yang kita makan akan diserap ke dalam badan, maka tidak mustahillah untuk di syurga kesemua zat makanan akan diserap kedalam badan"..faham??
Itulah sebahagian contoh yang boleh menjadi bukti bahawa Islam ini adalah agama yang tersangat benar..itu baru sikit je..kadang2 kita kena fikir di luar kotak pemikiran, jangan terhad kepada apa yang kita tahu, cuba buka minda untuk meneroka ilmu disebalik ilmu..misalnye, minda logik kita kata 1+1 adalah 2..tapi logik tak kalau aku cakap 1+1 boleh jadi 1,2,3,4,5 dan sebagainye! tak logik??? ok cuba fikir, korang letak 1 arnab dalam satu tempat sebesar bilik korang,then korang letak 1 harimau kat tempat arnab tu..mestilah harimau akan makan arnab tu, dan menghasilkan 1+1=1, walaupun nmpk kelakar, tapi hakikatnye ianya still logik.. Kan..
Konklusinye kat sini, adalah amat perlu untuk kita umat islam sendiri untuk berfikir, untuk memajukan diri dan agama kita..Perlu sangat kita kaitkan Islam dengan sains dan logik supaya kita nampak keagungan pencipta ni di samping menjadi aset penting jika seseorang non-muslim mempersoalkan tentang kesahihan Islam..apabila individu Islam bukan saje cantik akhlaknye,bukan saje hebat ilmu agamanye malah berjaya kaitkan Islam dengan sains serta kaitkan Islam dengan Logik, aku percaya umat Islam akan kembali menjadi tamadun yang hebat seperti dulu..Sekaligus membentuk sosial yang tinggi pekertinye..jadi dari mana kita harus mula??rumah??sekolah??pemimpin??bg aku, pemimpin adalah asasnye..kita lihat bagaimana nabi Muhammad sebagai seorang pemimpin yang hebat mampu menukar kawasan Hijaz yang jahiliah dengan tamadun Islam yang tinggi nilai akhlaknye..jadi pemimpin di sini termasuklah ibu bapa, guru-guru, serta pemerintah sendiri..Sesungguhnye Tuhan kurniakan akal kepada manusia untuk berfikir tentang kebesaranNya..jadi janganlah malas untuk guna akal untuk berfikir..dan apabila berfikir make sure it is bound with Iman or otherwise the 3rd party,SYAITAN will make you lost! Sekian saje..Assalam..







