Monday, 3 October 2011

Bagaimana kacang pis boleh tumbuh dalam paru-paru lelaki ini?

Seperti biasa, setiap hari aku akan check berita-berita baru and perkembangan semasa..Aku bukak The Star Online, nation punye news..semuanya pasal politik and berat sebelah..so malas nk amik tau..then aku jumpe artikel ni kat itsmesaiful.blogspot.com



BREWSTER, Amerika Syarikat (AS) - Seorang bekas guru yang sesak nafas selama beberapa bulan, Ron Sveden terkejut apabila beberapa doktor memberitahu terdapat anak pokok kacang pis yang sedang membesar dalam paru-parunya, lapor sebuah akhbar semalam.

Sveden menghidap penyakit paru-paru kronik, emphysema semasa keadaan kesihatannya menjadi semakin buruk.

"Saya sering batuk," kata pesara berusia 75 tahun itu

Isterinya, Nancy menghubungi ambulans pada 31 Mei lalu apabila keadaan suaminya bertambah teruk.

Ujian sinar-X kemudian mendapati paru-paru kiri warga emas itu tidak berfungsi tetapi doktor-doktor bingung kerana tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia menghidap kanser paru-paru.

Namun, doktor kemudian mendapati terdapat anak pokok kacang pis tumbuh dalam paru-paru Sveden berdasarkan sampel organ berkenaan yang diambil mereka.

Doktor-doktor percaya pokok kacang pea itu tumbuh dalam paru-parunya kerana ia termasuk ke dalam sistem pernafasan Sveden semasa dia menelan kacang itu.

Dia kemudian menjalani pembedahan bagi membuang anak pokok pis itu.

Namun, hidangan pertama selepas dia menjalani pembedahan itu ialah kacang pis.

"Saya ketawa bersendirian dan memakannya (kacang pis)," kata Sveden. -Agensi -Kosmo


Tau ape aku fikir..human is closely related to the soil..sampai kacang pis pun boleh tumbuh kat dalam badan manusia..sudah cukup nak menafikan teori sakai darwin..haha




0 comments:

Post a Comment