Thursday, 3 November 2011

Hari yang tak Mesra Service..

2.11.2011


Tarikh ni adalah tarikh yang membuatkan diriku sedih, marah, bengang, kecewa dan penat..kira hari yang penuh dengan sifat mazmumah la senang citer..Apa dia yang tak mesranya nih??

1. Hari aku pulang semula ke Intec selepas cuti study leave.
 Sedih sket la, tengah mood2 cuti kena balik..tapi takpe la, sebagai seorang pelajar memang la kau kena balik Intec Din!!kau duduk rumah terbongkang je buat ape..OK FINE!! yang sedihnya, sebelum balik ke Intec dengan menaiki Bas Transnasional boleh pulak terjumpa dengan budak tu..long time no see gf..berbual bual jap..then blah..hahaha..whatever lah..Then naik bas terpandang muka pak cik bas..mula2 nmpk sporting, then bile aku cakap nak gi toilet jap, buat muke pulak..dah la tak hensem~huh..

2. Pizza Hut berlagak.
Then sampai kolej, aku terus study(cehh cam nerd pulak..haha) Then petang lepak2 ngan member, bergebang jap, then Tze bg idea untuk makan kat Pizza Hut SACC mall sempena kepulangan  aku ke pangkuan mereka..hahaha..makan pizza best, tapi yang tak best service cam hampeh, aku bg -10.987153 per 10 untuk service dia..huh,dah la kasi roti (yang pernah makan pizza tau la roti ape) yang dipotong-potong..dalam gambar roti tu full la weyh..lebih kau makan ke ape?? Muka akak yang serve kitorang pulak tak nak senyum langsung..tengok dalam bil service charge :RM 5.something kalau camtu 10 sen je service sepatutnya..tengok lah gamba2 kat bawah nih..

ni roti tu..bukan patut besar lagi ke??kitorang perut dah la cam
tong..mana cukup nih..haha

muka sakai

Sup dia..ok lah cam biasa..

gamba waiternya yang tak mahu..senyum, tak perlu
kata apa-apa~

HAA!!!ni dia akak sombong tuh..tak jelas pulak
tak pe la censored sket..

Tgk! potongan yang tak sekata, bayaran tak setimpal dengan service
yang diberi

3.Pemandu Teksi Sakai.
Hah, lepas pizza teksi pulak buat sakai, time kitorang pegi SACC tu, the fee is just RM6.00, then time kitorang nak balik tu terjumpa la pakcik sakai dengan teksi die..bukan main bajet lagi dia..aku bukak pintu, then die dengan muka cam nak kena tampar tanya kau nak pegi mana nih?!(nada sakit hati giler) ak jawab la dengan sopan santun dan berbudi bahasa, kitorang nak ke seksyen 6, cik..pastu kitorang masuk, then pak cik tu bawak teksi mengalahkan fast five..dah la tak pasang meter pastu charge RM 8.00 then aku tanya la bukan Rm6 ke cik?? dia tarik muka then cakap, eihhh mana ade...rm8..(nada sakit hati giler) bayar je lah, kalau ikutkan nak je bagi buah silat..makan riba punye orang..then member aku hempas pintu kuat2..die naik angin, then berkatalah pak cik tu' kau nak kena penampo?' kitorang berlalu pergi tanpa menghiraukan si pemakan riba itu..Dah boleh buat cerpen dah citer camni..bertimpa-timpa..tapi malang bukan setakat itu saja..

4.Bisnes Kenshido..
Member2 aku tau lah yang aku and 2 org lagi dak bilik aku ada join bisnes kenshido..saje as side-kick, untuk tambah duit..ada rezeki, boleh lah sampai status jutawan..tapi yang tak bestnya, member aku, yang jugak orang atas aku suka mengarah cam bagai, nak tnya perkembangan tanya jelah, takyah la cam nak force cam aku ni orang gaji kau!!kita sebaya je bro..tu aku bagi habis-habis semalam, dari hati ke hati..aku punya suka la nak run bisnes bila, kau nak call2 pastu kasi orang rasa tertekan, blah la..kita nak final exam bro, rileks la jap..kan aku dah kata aku nak run time cuti nanti, so tak yah la force cam bagai..aku labur untuk bende ni so aku ada hak la camne aku nak run bende nih..Ok pape pun hal ni dah settle, selepas kitorang saling memahami antara satu sama lain..Bak kata naruto, dunia ni akan aman sekiranya setiap orang memahami antara satu sama lain..and aku nampak resultnya sket kat sini..Never Give Up!!hahaha..

Tulah tragedi dalam masa satu hari...walaupun sakit hati, sedih camne pun kita kena tetap tenangkan diri, kalau tak boleh stress seterusnya stress menyebabkan blood vessel constrict, then blood pressure become high, then may cause atherosclerosis because the high blood pressure can damage the endothelial lining of blood vessel, then the artheroma forms, it makes the blood vessel become narrower, increased the high blood pressure, then cause damaged on the endothelial lining of other parts of blood vessel..(cehh sambil2 revised bio sket) ok lah pape pun keep your mind positive..senyum2lah selalu, berbudi bahasalah selalu ok..

Katilku yang dimodified menjadi meja belajar, lebih luas dan selesa..




2 comments:

  1. ow haha! Part Taxi tu kurang ajar!

    ReplyDelete
  2. baby pakcik...see u soon..ak nk lempang pakcik plak...hahaha

    ReplyDelete