Sunday, 13 November 2011

Perdebatan-->pergaduhan-->then what?

Tajuk cam lebih2 la pulak kan..sakai je.. Ok, hari ni hari yang agak rileks..walaupun 2 hari lagi exam statistics and seterusnya chemistry..tengok movie, online, makan McD..woahhh, mmg student's life betullah~~


Lepas kitorang balik daripada McD..kitorang berkumpul la satu bilik borak2..tetibe sorang member aku cakap pasal Muammar Gadafi..Bermulalah perdebatan antara aku dan member aku ni tentang Gadafi.. Antara point yang didebatkan:


-Gadafi jahat kerana mengambil pemerintahan dengan cara yang salah, iaitu sebagai diktator..
-tapi gadafi baik sebab dia lakukan undang2 Islam kat Libya dengan mengharamkan Riba dan sbgainya..
- Gadafi bunuh orang dalam penjara tanpa bicara terlebih dahulu
- Gadafi dihukum,dibunuh tanpa dibicarakan


So, sedikit sebanyak korang dapat la jugak pasal Gadafi nih..kalau nk tau lebih banyak silakan bertanya eh..
Then, tetibe member aku naik angin, dia tinggikan suara pertahankan pendapat dia..so aku dengar je la dia cakap apa..kalau ikut hati nak je aku lempang budak ni..tapi member kan..rileks layan jelah..Then sampai satu part..point dia seakan-akan point aku..dah tinggi2kan suara cam nak marah then cam sokong aku pulak.. Ok fine la tu dia sokong aku.. then sorang lagi member bilik aku menyelit..berdebatlah dua orang member aku ni tapi bukan pasal Gadafi, pasal benda remeh je, kiranya luahan hati kemarahan antara dua-dua belah pihak.. aku ingat aku mampu damaikan diorang time tu..tetibe yang sorang ni(yang berdebat dengan aku tadi) sangat sensitif then dia mem-blahkan diri..merajuk la tu..eleh kejap je tu..esok lusa baik la tu..kitorang cam adik beradik, air yang dicincang takkan putus~~


Apa mesej yang aku nak bagitau kat sini ialah..kalau nak gadoh ngan member korang pastikan hari korang gaduh tu, gaduh btol2..lepaskan semua yang dihati tu..biar dia tau apa isi hati kita, and kita pun tahu isi hati dia..then esoknya korang perlu berbaik semula..kalau member korang tu tak nak mengalah, koranglah yang datang kat dia..this time cakap elok2..then bila dia ada something nak cakap..biarkan dia cakap, walaupun dia cakap dengan nada marah ke, ape ke, rileks..dengar je walaupun sakitkan hati..then bila dia dah bagitau apa kesalahan kita..then korang mengaku je itu mmg kelemahan korang..then cakap dengan lembut mengenai kelemahan dia pulak..let their ego go down..percayalah lepas korang berbaik..korang takkan bergaduh lagi..but make sure bila gaduh..gaduh btol2!kasi habis-habisan..hahaha anyway, its quite true..i've been trying this technique for many times..and it really works..always work! The most important thing you need to deal with situation like this..is let down your own ego..then you can let other's ego down..Ok? try lah..jangan gaduh2 eh..kita sesama manusia tak baik gaduh..Umat Islam kalau tak bertegur sapa 3 hari dah berdosa.. Selamat beramal..

0 comments:

Post a Comment