Monday, 13 February 2012

Buah Fikiran

Assalam..post kali ni lebih kepada pemerahan otak hasil perbincangan aku ngan membe tadi..btw post2 lepas ni juga akan melibatkan perbincangan2 yang berilmiah sikit daripada buat bende ni sbagai diari, cam lagha la pulak..So, tadi kitorang bincang pasal "rahsia-rahsia manusia dan dunia mereka" cehh tajuk boleh tahan.. Aku cume nak mengeluarkan buah fikiran aku je..


Dunia kita ni dikatakan 3D..apemende 3D ni?? Kalau ade 3D..mesti ade 4D, 5D,6D kan..so bg ahli fizik, teori mereka ialah.. 3D boleh dianalogikan seperti berikut..korang baling batu kat atas lantai..korang nampak ape?? yess,bayang2.. bayang2 adalah 2D kan..so shadow is the image of 3D..means...3D is the shadow of 4D..agak logik jugak la.. then apekah dia dunia 4Dimensi??4D semestinye bayang2 kepada 5D..teori aku senang je, 4D ni  mungkin dimensi makhluk halus lain,syaitan dll..kalau kita 3D boleh lukis atas kertas(membuat image 2D) atau bahasa lainnye mengawal dunia 2D..ini bermaksud dunia 4D boleh kawal atau masuk ke dalam dunia 3D..ini menjelaskan kenapa syaitan boleh nmpk kita tapi kita tak boleh nampak syaitan..dan tentulah dimensi paling tinggi adalah dimensi Allah s.w.t..yang boleh kawal semua dimensi, boleh nmpk semua yang berlaku di atas dunia..


mesej aku..kalau kita ini bayang2 kepada 4D dan 4D bayang2 kepada 5D..bermaksud kita adalah bayang2 kepada bayang2..sifat bayang2 adalah tidak lengkap..kita hanya nmpk bentuk kasar bayang2 tapi tak tahu butiran terperinci tentang bayang2 tu..Contohnye, tengok gambar bawah ni..



Bayang2 menunjukkan image gajah..tapi realitinye image itu sebenarnye hanyalah tangan..maksudnye kat sini.. dunia kita yang merupakan bayang2 ni penuh dengan tipu daya..tipu daya dunia termasuklah makanan yang sedap, hiburan, keseronokan..bende2 ni cumalah tipu daya dunia saje..kenapa?? sebab, bile kita makan makanan yang sedap..nikmat kelazatan makanan tu akan hilang selepas makanan yang kita makan tu habis..contoh lain, kecantikan wajah kita hanya sementara kerana pada satu masa nnt wajah kita akan hilang kecantikannye..keseronokan pun sekejap je, contoh mase main bola, dak laki la kan..akan rase seronok, then keseronokan tu akan hilang lepas kita penat atau lepas kita habis main..sebaliknye akhirat berbeza..nikmat di akhirat berlipat kali ganda..nikmat kelazatan makanan yang kita makan takkan hilang..sebab sifat akhirat adalah kekal..

maksudnye kat sini, tiada satu bende pun yang kekal kat dunia ni..semuanye terhad sebab masa menjadi penghalang..Tuhan ciptakan ruang dan masa di dunia ni untuk menjadikan segala-galanye terhad didunia ni.. untuk uji manusia,sama ada mereka mengejar alam yang tiada sempadan masa ataupun mengejar alam yang masanye terhad..Di akhirat masa tidak menjadi penghalang..kita tak perlu risau pasal assignment yang nak kena hantar menggu depan, kita tak perlu kelam-kabut uruskan itu dan ini..coz there is no limit in time at the next world..


So fizik juga telah membuktikan bahawa dunia bersifat tidak lengkap, terhad..
Oleh itu, kawan2 akhirat adalah kehidupan sebenar, dunia merupakan bayang2 kepada kehidupan sebenar di akhirat..So kejarlah akhirat eh..jangan terlalu taksub dengan dunia yang sementara..semoga Tuhan melimpahkan berkatNya kepada kita..Peringatan untuk korang dan diri sendiri juga..Assalam..

2 comments: